apa itu..

background





just follow me

Tuesday, May 1, 2012

>>>>......a.........-----w----......----k--->>>>>>>

Awak. 
Ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal. 

Awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan.

Awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima kan.
Awak kate awak akan terima seadanya.


Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Saya berikan awak kunci.

Kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak.

Pabila tiba halaman yang sukar untuk difahami.
Senyap tanpa minta pengertian.
Seolah-olah tiada makna susah bersama.
Mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tak fahami apa ertinya keperitan?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak.

Hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi??????

..............................................................--------->>>

No comments:

Post a Comment