apa itu..

background





just follow me

Monday, March 21, 2011

yang  GAGAL itu PENGAJARAN

yang  JAYA itu KEMENANGAN

yang INDAH itu PERTEMUAN

yang MANIS itu KEMESRAAN

yang PAHIT itu PERPISAHAN

yang KEKAL itu PERSAHABATAN

yang TINGGAL itu HANYA LA KENANGAN..

Sunday, March 20, 2011

sEpi

apa yang aku rase sekarang ni, adakah sama dengan orang lain rase erk?? mane nak dapat rase sebab aku tak bagithu lagi apa yag aku rase...hahahhaa...alaaahaaaaiii...rindunya aku kat mak abah, Tuhan saja yg tahu betapa sakitnya aku duduk sini..tula fiza, dulu mak abah suruh sambung form 6 jer kamu tak nak..sekarang nak mengeluh2 pulak..hey!!dah tak ada gunanya dah..bukan aku degil tak nak ikut kata diorang,,tapi..cukup la..aku tak nak susah kan orang tua aku lagi.,biarkan aku belaja hidup berdikari!hidup ditempat orang..memang aku nekad, nak keluar dari daerah johor lepas habis spm ni,,alhamdulila, tercapai juga akhirnya!!walaupun keluar sikit jer dari johor,,huhu! maafkan kita mak abah;;lagipun meraka yang dekat dengan aku tahu rase dengan perangai aku yang keras kepala ni, degil!keras kepala untuk kebaikkan diri sendiri, elok ke tu,,elok kot..hmmmmm....dua hari, dua malam aku kurungkan diri aku kat dalam bilik ni...saja, nak muhasabah diri..yeke?haha...baru la aku rase sepinya hidup ini tanpa teman kan...boleh ke kita hidup sorang2 tanpa teman di sisi?just thingking!@#$...ada juga rupanya orang yang risau aku duduk sorang2 ni,,haaaiii...tak ada apa la..aku dah besar ok!!aku bukan anak kecil lagi,,tapi terima kasih la pada sesiapa yang masih mahu ambil berat sal diri ini...aku tak fikir selama ni merka nampak aku di sini...rupa-rupanya baru aku sedar kini, kehadiran aku kat sini masih lagi diterima oleh orang lain..haha..selama aku dua hari dua malam aku duduk sendirian, selama itu juga la..aku tak jumpa nasi..ddduuussshh!!tak sangka aku boleh hidup dengan sekadar makan apa yang ada saja..membayangkan dan terus membayangkan...kalau la...aku dapat ayam bakar masak pecal mak aku, kalau aku dapat makan roti canai dengan abah kat kedai pak mail tu, kalau la aku dapat makan nasi ayam cik som yang unik tu, kalau la aku dapat makn char kue tiauw panas2 dengan dengan abang kat kedai batu 3  tu, kalau la aku dapt makan mee kari kat depan sekola tu, issh2 ingat lagi aku dengan, zura,fatin wani, suka makan mee kari kat depan sekola tu, sanggup kumpul duit,,blik lambat ke rumah semata2 nak makan mee kari tu.dahsyat zaman sekola dulu..kalau la dapt makn mee tomato mak yah yang kat kantin tu,serius susah nak dapat mee tomato macm mak yah punya...apa aku ni,,,fikir pasal makn jer, sedar2 kan la diri anda cik adik oooi!!ramai dah tegur, kamu tu makin tembam, peduli ke apa org kate,,mereka penah fikir ke kenapa aku ajdi macam ini,, tak ada kan..ambil la ikitbar sikit dari apa yang berlaku..aaarrrrgggghhh!!! tu semua kalau la...tak mungkin akan berlaku..kan?fiza2...berpijak la kamu di bumi yang nyata ok......sedar la..ini muadzam shah, bukan batu pahat tempat kelahiran kamu..
sepinya hujung minggu kali ini...yerla semua sanggup tinggal kan aku sendirian..hmmmm..tak apa..begini nasib hidup aku kali ini yer.....macam2 perasaan ada...namun itu hanya seketika ke...harap2 jangan la berlarutan..
sunyinya!!!!!!!!!kosong!!!!!!!!

Saturday, March 19, 2011

Aku Hanya Wanita Biasa..

Bismillahh..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih..
Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.
Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..  

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, BIJAKLAH dalam menghadapiku, JANGAN MARAH padaku, NASIHATI aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti..Insya’Allah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka TETAPLAH TERSENYUM padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..    Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka JANGAN MEMAHARIKU kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau USAP KEPALAKU, dan BISIKKAN KATA SAYANG di telingaku, kerana dengan itu aku akan tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi IMAM dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka JANGAN PERNAH BOSAN MENGAJARIKU, MEMBIMBINGKU KE ARAH NYA, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi JANGAN PERNAH LETIH MENGAJARIKU.. JANGAN SEGAN MEMBANGUNKANKU di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. JANGAN LETIH MENGINGATKANKU untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. BIMBING TANGANKU ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.. <3

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka JANGAN PERNAH BERPALING DARIKU.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..Ketahuilah..Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, CINTAILAH AKU DENGAN APA ADANYA AKU..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku kerana aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa..

Tuesday, March 15, 2011

==salah==

mafkan aku teman...
mungkin ini memang salah aku...
jika masa boleh berundur..
akan ku betul kan kesilapan itu..
namun kita tida kuasa untuk itu..
kita tiada kuasa untuk menandingi Yang Maha Pencipta..
apa perlu aku buat..
sejuta kemaafan aku pinta...
jika dengan kemaafan boleh membayar semuanya..
katakan padaku teman!!
katekan...
jangan selubungi dirimu diatas kesilapan aku..
aku rindukan mase2 riang kita dulu..
aku rindu itu!!
katekan saja padaku;
ape yang perlu aku lakukan untuk membuat diri kamu terus percaya akn diri si kerdil ini...
jika wang ringit, harta dunia ini bole membuat kan ianya dapat mengganti kan nya,,
kate kan sahaja..
akan ku bayar ia!!
kerana harta dunia hanya sementara..
tidak akan kekal selamnya..
bole dicari dan bole bertambah..
yg penting ikatan pershabatn kita!
itu yg tiada penggantinya...
teman,..
jangan hukum diri ini lagi atas keslahan itu..
tegur aku apabila kamu rasa aku salah,,
jangan biarkan aku keseorangan..
jangan tinggalkan aku....
mngkin dengan teguran dapat mengubah aku..
agar tidak terkandas lagi.. 
aku bukan minta simpati darimu..
bukan belas kasihan yg aku harapkan..
aku cume..
cume..
mhukan sejuta2 kemafaan ku pinta...
tolong la fahami perasaan ini...=(
iklas dri;; pza#

Monday, March 14, 2011

jalinan kasih

Tanggungjawab Sosial Masyarakat Terhadap Anak-anak Yatim
Anak-anak yatim adalah amanah Allah s.w.t., orang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan mereka, untuk melaksanakan tanggungjawab  dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak. Masyarakat sekeliling mempunyai tanggungjawab sosial ke atas mereka dengan menghulurkan bantuan demi meringankan bebanan rumah anak- anak yatim yang kadang-kadang mengharapkan bantuan dari orang ramai... 
sedar atau tidak sedar bahawasanya mereka memerlukan masyarakat sekeliling untuk meneruskan  hidup...
mereka kesempitan..
mereka kesepian...
mereka tiada tempat bergantung...
mereka pinta keprihatinan..
mereka perlukan pengertian..
seblik wajah keriangan mereka berbagai cerita tersembunyi didalamnya.
ini adik saya!!!
MOHD AIMAN B. HUSAINI...
seumur hidup ini, tak pernah ada adik..
trima kasih aiman, sebab sudi menumpang kasih walau sekejap.....
sesi luahan hati bersama adik angat:
memang susah nk buat dia bercerita tentng dia...
akhir sekali aku dapat mengerti ap yg trbuku dalam ati dia...
tak semua masalah boleh cerita dengan org..;)
tersentap hati ni pabila adik nurul menangis di bahu aku...
adakah anak sekecil ini sudah mengerti erti hidup?
sebahgian mereka..
wajah2 dalam menjayakan program jalinan kasih...
sempt psing sbom blik...
tak puas rase sehari bersma meraka...

pengalaman..
pengalaman..
mengajar erti hidup. erti kasih dan sayang, erti nilainya sebuah pengorbanan..
tak rugi aku menyerti program jalinan kasih anjuran prs ni...
banyak yg ak dpat dari program ini...
untuk terus mngenali lagi dan memahami lagi tentang sebuah perasaan...
tersentuh hati ini melihat anak2 yatim tersebut...
sekurang2 kita masih lagi beruntung adanya ayah dan ibu...
semntara ayah dan ibu kita masih ada,
sayangilah mereka..
hormati meraka..
keran itula
harta
yang kita ada....
tiada tolak tandingnya
tiada gantinya=)

Thursday, March 10, 2011

basah & kering..

Menegakkan benang yang basah sesukar menegakkan benang yang kering!

bertekak dan berdebat untuk menegakkan yang batil, yang bohong dengan  kata dan nada suara yang boleh meyakinkan orang buat seketika. Lama-lama nanti, segala cakap-cakap yang kosong isinya,   hanya didengar-dengar, segala konon-konon yang direka-reka akan diketahui orang sebagai sia-sia. Seperti menegakkan benang yang basah, ia hampir mustahil kecuali jika benang yang basah itu sentiasa diregangkan!

Kalau menegakkan benang yang basah itu hampir mustahil, cubalah menegakkan benang yang kering pula. Ia pun sama sukarnya...
Maknanya, mewujudkan kebenaran sama-sama payah. tidak kira la dia yang dipercayai kerana pembohongannya.. Terkilanlah dia yang tidak diyakini meskipun berkata benar...
Usah gembira wahai si pembohong. Jangan berduka wahai anda yang berkata benar. Penerimaan orang kepada yang benar atau yang salah, yang hak atau yang batil itu bergantung kepada sekukuh mana hati si pendengar tersambung pada tali ALLAH.
Kalau keburukan ada di dalam hatinya, dia terhijab dari mengenal kebaikan dan kebenaran. Dia akan menerima yang batil sebagai benar, yang benar sebagai batil. Sebaliknya, kalau taqwa ada di dalam hatinya, dia tangkas mengenali siapa si pembohong dan siapa yang berkata benar.
Sekilas ikan di air sudah dia tahu jantan betinanya. Hanya jauhari yang mengenal manikam....

berBicara

apa yg terlarang?

 1.MELIHAT النظر- -
" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
Surah An-Nur 30-31
Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"
Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi

2 .SENTUH – المسح -
Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.

 3. BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –
" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32.

 4. TIADA PENDINDING ( HIJAB )
" Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"
Surah Al-Ahzab 53.
 Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...

"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"


Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
* menjaga pandangan
* memelihara aurat
* bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
* mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
* bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

artikel ini tiada kena mengena dengan sesiapa..
hnya tujuan utk igtkan suma kwn2 aku...aku tju utk aku n suma kwn2 aku yg asyik dok bercouple.Hayati n renung dgn iman ok..
sejhat2 ak pon blom ad ak brsentuhan dgn mne lelki yg bukan muhrim aku..
ya Allah pelihara la iman aku!!elak selagi masih bole elak..
memng tak salah sekiranya kita syang  seseorg itu..kerana...itu adla lumrah bagi setiap manusia..
sedangkan haiwan pun syagkn anak nya,,ini kan pula mnusia...
yang penting; jage adab, jage perlkuan, jage tingkah laku, jage perckapan..
insyAllah...pekara yg tidk di ingini dan tidk disenangi oleh org lain mngkin tak kan berlaku...

Tuesday, March 8, 2011

bawa pergi!!

Kini ku kenal hatiku
Dan kini ku tahu apa sebenarnya
Kemahuanku selalu
Di depan mata tak hilang ke mana
Percayalah naluri berkata
Jangan ku diragu lagi
Terimalah segala seadanya
Agar tiada rugi lagi
Akan ku bawa kau pergi
Ke destinasi seindah pelangi
Akan ku bawa kau pergi
Bukan sementara tapi selamanya
Hilang segala celaru
Berganti pasti dan menjadi aku
Percayalah naluri berkata
Jangan ku diragu lagi
Terimalah segalanya seadanya
Agar tiada rugi lagi
Kini ku kenal hatiku

Thursday, March 3, 2011

::dendam::

ak tanak dy lagi la!
ak tanak pasaan dendam tu ad lagi dalm dri..
cukup la!!!!
macam mane nak buang ni..
seseorg telh dtg ke sya..
dan..
berkata..
"fiza tolong la buang pasaan tu,,"..
aaahhh..
mereka,,merka..dan merka hnya mmpu brkate saje..
mereka dan mereka tidak pernah mengerti punnnn...
ape ni...
aaaaarrrggghhhh....
dusssshhh!!!
nyah kamu dri sini...
::penyimpan::
::pendendam::
ada sama  ka??
huhuhuhuh..