apa itu..

background





just follow me

Thursday, March 10, 2011

basah & kering..

Menegakkan benang yang basah sesukar menegakkan benang yang kering!

bertekak dan berdebat untuk menegakkan yang batil, yang bohong dengan  kata dan nada suara yang boleh meyakinkan orang buat seketika. Lama-lama nanti, segala cakap-cakap yang kosong isinya,   hanya didengar-dengar, segala konon-konon yang direka-reka akan diketahui orang sebagai sia-sia. Seperti menegakkan benang yang basah, ia hampir mustahil kecuali jika benang yang basah itu sentiasa diregangkan!

Kalau menegakkan benang yang basah itu hampir mustahil, cubalah menegakkan benang yang kering pula. Ia pun sama sukarnya...
Maknanya, mewujudkan kebenaran sama-sama payah. tidak kira la dia yang dipercayai kerana pembohongannya.. Terkilanlah dia yang tidak diyakini meskipun berkata benar...
Usah gembira wahai si pembohong. Jangan berduka wahai anda yang berkata benar. Penerimaan orang kepada yang benar atau yang salah, yang hak atau yang batil itu bergantung kepada sekukuh mana hati si pendengar tersambung pada tali ALLAH.
Kalau keburukan ada di dalam hatinya, dia terhijab dari mengenal kebaikan dan kebenaran. Dia akan menerima yang batil sebagai benar, yang benar sebagai batil. Sebaliknya, kalau taqwa ada di dalam hatinya, dia tangkas mengenali siapa si pembohong dan siapa yang berkata benar.
Sekilas ikan di air sudah dia tahu jantan betinanya. Hanya jauhari yang mengenal manikam....

No comments:

Post a Comment